CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, April 1, 2010

NOVEL BAIK UNTUK REMAJA...



Salam...Ini adalah antara novel islamic yang aku pernah baca. Tajuk buku ini ialah "Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul" karangan Fatimah Syarha Mohd Noordin. Kisah dalam novel ini berkenaan dengan dirinya sendiri. Novel ringkas ini mengisahkan perjalanan hidup seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan Rasulullah s.a.w. untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui pemilik cintanya, setelah Allah dan Rasul. Pertama kali ku membaca novel ini, hatiku telah tertaut untuk membacanya sehingga habis. Novel ini sangat menarik. Ia telah menyedarkan aku nilai seorang wanita. Buku ini menarik minat setiap wanita yang membacanya untuk mengikut perwatakan seorang perempuan yang solehah dalam kisah ini baik dalam agama ataupun dalam pemilihan jodoh.

Novel kedua ialah bertajuk "Salju Sakinah" karangan Zaid Akhtar. Novel ini juga sesuai untuk dibaca oleh setiap remaja kerana ia tidak ada unsur kelalaian, bahkan remaja akan mendapat pengajaran daripada pembacaannya. Salju Sakinah ialah sebuah novel yang tentang secebis kisah cinta namun tetap mesra dan bercampur dengan persoalan global dunia Islam, ekonomi, politik dan sosial yang digauli wataknya. Novel Islami ini menguji ketabahan watak Sumayyah, siswi Malaysia di Universiti Yarmouk, Jordan yang berada di semester terakhir pengajiannya.

(Salju Sakinah adalah novel bersiri yang pernah tersiar di Ruangan Agama Utusan Malaysia setiap Isnin-Rabu sepanjang tahun 2005).
KISAH cinta ini memang enak dibaca. Namun tidak banyak kisah cinta yang dinovelkan menjaga batas-batas cinta menurut Islam apalagi menyuntik wacana pemikiran yang seharusnya menjadi bekal sekaligus memperkaya jiwa pembaca. Lantas Salju Sakinah cuba menawarkan apa yang jarang ditawarkan selama ini. Meskipun Salju Sakinah menjadikan wanita sebagai watak utama dan mengambil dua latar tempat yang jauh berbeza iaitu Jordan dan Malaysia, Novel ini dengan sengaja mengetengahkan suasana kehidupan pelajar Malaysia di Timur Tengah. Selain konflik sosial seperti hasad dengki, fitnah-memfitnah serta kepercayaan khurafat dan ilmu sesat yang menjadi penyakit sebahagian masyarakat. Berbeza dengan novel-novel Zaid Akhtar sebelumnya seperti Sesegar Nailofar dan Rona Bosphorus yang padat dan bertempo pantas, Salju Sakinah yang mendapat banyak feedback pembaca ketika disiarkan dahulu dirasakan lebih tenang, damai dan agak membuai – sesuai dengan judulnya yang bermaksud salju yang mendamaikan. Wassalam...

0 comments: