CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, March 21, 2010

CINTA...


Cinta merupakan fitrah. Setiap orang pernah merasainya. Tipulah jika saya mengatakan saya tidak pernah merasakan nikmat perasaan itu. Kita boleh mencurahkan cinta kepada sesiapa sahaja yang kita ingini. Zaman sekarang manusia mudah terpedaya dengan cinta manusia menyebabkan mereka jauh daripada cinta Allah. Cinta manusia hanya sementara manakala cinta Allah adalah kekal abadi. Tanpa cinta-Nya, kita tidak akan bahagia di dunia dan akhirat. Banyak perbezaan antara cinta Allah dan cinta manusia. Antaranya:

Cinta Allah tak dapat ditukar ganti
Cinta manusia silih berganti

Cinta Allah suci tulus hingga ke mati
Cinta manusia selalu berakhir dgn benci

Cinta Allah menyubur ketaqwaan
Cinta manusia penuh kemungkaran

Cinta Allah tinggalkan larangan-NYA
Cinta manusia meninggalkan syariat-NYA

Cinta Allah menyegarkan keimanan
Cinta manusia mengikis keimanan

Cinta Allah mengorbankan nafsu
Cinta manusia mengorbankan Tuhan

Cinta Allah menambahkan keimanan
Cinta manusia menambahkan kelalaian

Cinta Allah meredhai ujian
Cinta manusia meredhai kemaksiatan

Cinta Allah sepanjang masa
Cinta manusia sekejap ada, sekejap tiada

Cinta Allah menenangkan perasaan
Cinta manusia meresahkan perasaan

Tidak dinafikan memang indah cinta manusia tetapi indah lagi cinta Allah kerana cinta Allah diiringi rahmat dan kurniaan dan cinta Allah juga bersulam redha dan keampunan. Kejarlah cinta Allah dahulu kerana dengan adanya cinta Allah akan menjauhkan kita daripada melakukan perkara yang dilarang dalam cinta manusia. So.. kepada rakan-rakan yang sudah bercinta, pastikan anda telah mengejar cinta Allah dahulu.. Renung2knlah duhai SAHABAT...

0 comments: