CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, March 21, 2010

CINTA...


Cinta merupakan fitrah. Setiap orang pernah merasainya. Tipulah jika saya mengatakan saya tidak pernah merasakan nikmat perasaan itu. Kita boleh mencurahkan cinta kepada sesiapa sahaja yang kita ingini. Zaman sekarang manusia mudah terpedaya dengan cinta manusia menyebabkan mereka jauh daripada cinta Allah. Cinta manusia hanya sementara manakala cinta Allah adalah kekal abadi. Tanpa cinta-Nya, kita tidak akan bahagia di dunia dan akhirat. Banyak perbezaan antara cinta Allah dan cinta manusia. Antaranya:

Cinta Allah tak dapat ditukar ganti
Cinta manusia silih berganti

Cinta Allah suci tulus hingga ke mati
Cinta manusia selalu berakhir dgn benci

Cinta Allah menyubur ketaqwaan
Cinta manusia penuh kemungkaran

Cinta Allah tinggalkan larangan-NYA
Cinta manusia meninggalkan syariat-NYA

Cinta Allah menyegarkan keimanan
Cinta manusia mengikis keimanan

Cinta Allah mengorbankan nafsu
Cinta manusia mengorbankan Tuhan

Cinta Allah menambahkan keimanan
Cinta manusia menambahkan kelalaian

Cinta Allah meredhai ujian
Cinta manusia meredhai kemaksiatan

Cinta Allah sepanjang masa
Cinta manusia sekejap ada, sekejap tiada

Cinta Allah menenangkan perasaan
Cinta manusia meresahkan perasaan

Tidak dinafikan memang indah cinta manusia tetapi indah lagi cinta Allah kerana cinta Allah diiringi rahmat dan kurniaan dan cinta Allah juga bersulam redha dan keampunan. Kejarlah cinta Allah dahulu kerana dengan adanya cinta Allah akan menjauhkan kita daripada melakukan perkara yang dilarang dalam cinta manusia. So.. kepada rakan-rakan yang sudah bercinta, pastikan anda telah mengejar cinta Allah dahulu.. Renung2knlah duhai SAHABAT...

Friday, March 5, 2010

''Malam Pertama Kita''


Satu hal sebagai renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Align Center
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa
Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... mempelai sangat dimanjakan

Harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan rongga lain dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...
Itulah susuk tubuh Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan..
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu...jarang orang memakainya..
Kerana sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan pada baju Kita...
Bahagian kepala, badan, dan kaki diikatkan
Tataplah....tataplah...itulah wajah Kita
Keranda pelamin...langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan azan dan kalimah zikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan…yang telah tiba dulu
Siraman air mawar..pengantar akhir kerinduan

Dan akhirnya....tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Untuk mempertanggungjawabkan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu adakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....

Renung2knlh...inilah pengakhiran hidup kita

Monday, March 1, 2010

BABY MAMA...

Dh bsar pn adik ak. Dh pndy snyum kt ak pn. Comenyer dy tdo...Nyenyak ngat smpy xsdar kngah amik gmbar lak 2..Rndunye...bla Adib nk lwat kngah kt cni. Nk blk umh. Rndu gler kt my dear, Adib Luqman...

KEM...




Salam......dh lama rsnya tnggal laman ni. Kini baru muncul semula. Banyak perkara yang kena wat baru2 ni. Dengan asemen yang banyak n memeningkan tp alhmdulillah sempat gak JPA wat kem kat PULAPA Jengka, Pahang pada mggu lps. Kami p pd hari Jumaat n blik pd hr Ahad. Ia adalah Pusat Latihan Pertahanan Awam. Seramai 24 org yang trut serta ke kem ni daripada 3o lbh. Walaupun xrmai km rasa sgt seronok sbb da tmpt yg slesa. Hostel kt sn pn da ekon. Kt upsi pn xcmni huhu...Km dberi lyanan yg istmewa. Makanan yg dsdiakn 6x sehari smpaikn prut ak dh xlrat nk tampung mknn dh.

Mcm2 aktviti yg km wt kt sn, antaranya ialah mnyelamat di tmpt tggi dan melawan kebakaran. Menyelamat tmpat tggi mmerlukan seorg mgsa. So, ak la yg jd mgga sbb ak kcik, tensen tol...Asal kna da mgsa, ak la org yg dperlukn. Pnas gler kna balut tp best gk sbb ak xyah ssh2 agkt org huhu..Ps2 km wt latihan kebakaran. First time ak pgang pili bomba ngn air yg digunakan dgn arus yg kuat. Km pgang rmai2, kalo ak sorg clap2 hb ak yg trpelanting skali hehehe....Sekian sj la pngalaman ak. Nnt kalo ak p g. Ak cta g ek. Daa...