CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, February 2, 2010

CIRI-CIRI WEB 2.0...

1.) Mengandungi aplikasi web yang mempunyai ciri-ciri dan berfungsi seperti aplikasi pada komputer desktop. Boleh dijalankan terus melalui web browser dan tidak memerlukan install software pada PC. Contoh seperti aplikasi javascript, java applets, php dan yang sebagainya. Saya tidak akan membincangkan peringkat teknikal dalam hal ni, tapi jika anda membuka apa-apa website seperti YouTube, iTunes dan sebagainya, anda akan dapat melihat aplikasi tersebut berfungsi secara real-time.

2.) User-generated content (interactivity): Membolehkan pengunjung memberi pandangan, komen, menulis artikel dan sebagaimana seperti yang ada pada blog, forum, Friendster, MySpace, Squidoo dan sebagainya.

3.) Membolehkan pengguna berkait antara satu sama lain. Platform yang boleh digunakan termasuklah MyBlogLog, untuk blogs, atau add-a-friend seperti pada Friendster atau MySpace. Berbeza dengan link biasa, pengkaitan adalah interactive dan dalam contoh MyBlogLog, membolehkan pengguna mengisi maklumat peribadi dan melihat perkaitan atau pertalian diantara dia dan pengguna-pengguna lain.

4.) Penggunaan RSS feed dan RSS reader pada web site atau blog. Boleh memberi instant maklumat kepada pengunjung bila sesebuah laman web di kemaskini. Pengunjung tidak perlu lagi taip URL dan memeriksa sesebuah website setiap hari kalau-kalau pemilik site tersebut ada menulis artikel baru.

5.) Penggunaan skrip Open Source (OS), sama ada secara keseluruhannya atau separa-OS. Skrip pada wordpress.org, wiki, mozilla, sourceforge dan sebagainya.

6.) Penggunaan Folksonomy seperti tagging, tag clouds dan sebagainya untuk memberi kategori kepada webpage, links dan photos.

7.) User-friendly interface.

8.) Clean layout. Easy navigation. Tidak complicated.

Rujukan: http://rnd.moe.edu.my

0 comments: