CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, January 18, 2010

TAUBAT SEORANG HAMBA...

Salam... Hr ni skali lg ku coretkn kalam disini. Moga sedikit ilmu yg dibahaskan di sini dapat memberi manfaat kepada kita semua walaupun ianya tidak seberapa. Seringkali kita bertaubat apabila melakukan sesuatu kesalahan tetapi, adakah kita pernah terfikir samada taubat itu diterimaNya atau tidak??? Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:


"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.” (Al Baqarah: 222). Mensucikan diri yang dimaksudkan ini ialah tidak mengulangi kesalahan tersebut dan memperbetulkannya.


Syarat diterimanya TAUBAT iaitu:

  1. Ikhlas. Ertinya, taubat pelaku dosa harus ikhlas semata-mata karena Allah, bukan kerana lainnya.
  2. Menyesali dosa yang telah diperbuatnya.
  3. Meninggalkan maksiat yang telah dilakukannya.
  4. Tidak mengulangi. Ertinya, seorang muslim harus bertekad tidak mengulangi perbuatan dosa tersebut.
  5. Istighfar. Iaitu memohon ampun kepada Allah atas dosa yang dilakukan terhadap hakNya.
  6. Memenuhi hak bagi orang-orang yang berhak, atau mereka melepaskan haknya tersebut.
  7. Waktu diterimanya taubat itu dilakukan di saat hidupnya, sebelum tiba ajalnya. Sabda Nabi S.A.W. : “Sesungguhnya Allah akan menerima taubat seorang hambaNya selama belum tercabut nyawanya.” (HR. At-Tirmidzi, hasan).

Ku dambakan kasihMu oh Tuhan
Ku sedari kesilapan ini
Ampunilah dosa-dosaku
Yang pernah ku lakukan sewaktu hidupku

Dengarkanlah rintihan
HambaMu yang dha'if lagi hina
Ku sedari kesilapan ini
Terimalah taubatku

Ampunilah kesilapanku
Oh Tuhan yang esa
Diriku masih dalam keadaan lemah
Mengharapkan hidayah dariMu

Moga terampunlah dosa-dosaku
Jauhi diriku dari azabMu
Kerna ku masih buntu waktu untuk ku kembali..
Oh Tuhan...

0 comments: