CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, January 24, 2010

AURAT DALAM ISLAM ...

PENGERTIAN AURAT

Aurat diambil dari perkataan arab “Aurah” yang bererti keaiban.Manakala dalam istilah Feqah pula, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan berdasarkan kehendak syarak

“Katakan kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka,atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara mereka atau putera-putera lelaki saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam

PERINTAH MENUTUP AURAT

Dan janganlah mereka memukulkan kaki agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (an-Nur:31)
Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh Allah S.W.T dalam Surah Al-Ahzab ayat 33; Maksudnya:-
Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembayang serta berikanlah zakat; dan taatilah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu-wahai "ahlul bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji)."

Dalam hal ini Allah S.W.T. telah berfirman da"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

Aurat Kaum Wanita

1 . Bulu kening
Menurut Bukhari " Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening) "Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari

2 . Kaki ( tumit kaki ).
" Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki ( atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan " An-Nur : 31
a ) menampakkan kaki
b ) menghayungkan/melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki

3 . Wangian
" Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zinadan tiap-tiap mata ada zina "Riwayat Nasaii , Ibn Khuzaimah dan Hibban

4 . Dada
" Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka “An-Nur : 31

5 . Muka dan leher
" Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu "
a ) bersolek ( make-up )
b ) menurut Maqatil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah

6 . Muka dan Tangan
" Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis .Rasullulah bersabda : Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja “ Riwayat Muslim dan Bukhari

7 . Tangan
" Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya ".Riwayat At Tabrani dan Baihaqi

8 . Mata
" Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya “An Nur : 31
Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya . Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama , ada pun pandangan seterusnya tidak dibenarkan “Riwayat Ahmad , Abu Daud dan Tirmidzi

9 . Mulut ( suara )
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya , tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik "Al Ahzab : 32

10 . Kemaluan
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin , hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina) " An Nur : 31 " Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu , puasa di bulan Ramadhan , menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan menta'ati suaminya , maka masuklah ia kedalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya "Riwayat Al Bazzar

11 . Pakaian
" Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti "Riwayat Ahmad , Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah

" Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat . Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya "Riwayat Bukhari dan Muslim

a ) Berpakaian tipis / jarang
b ) Berpakaian ketat / membentuk
c ) Berpakaian berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu

12 . Rambut
" Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya "Riwayat Bukhari dan Muslim
" Bagi wanita-wanita yang memelihara dirinya dan mentaati suaminya ,segala makhluk, burung yang terbang , ikan dilaut , malaikat dilangit , matahari dan bulan dan lain-lain memohon keampunan Allah untuknya "

Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut.
wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya:

1. Aurat Ketika Sembahyang
Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

2. Aurat Ketika Sendirian
Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat adalah antaran pusat dan lutut.

3. Aurat Ketika Bersama Mahram
Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah pusat dan lutut.
Pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.
(adat menjadi hukum)

4. Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram
Seluruh anggota tubuh badannya kecuali muka dan tapak tangan

5. Aurat Ketika Di Hadapan Wanita Kafir
Rasulullah S.A.W. bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud: Abdullah bin Abbas ada menyatakan, Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang maksudnya: "Tidak halal kauum wanita Islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani".

6. Aurat ketika Bersama Suami
Apabila seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang terlindung dari pandangan orang lain, maka Isla m telah memberi kelongaran dengan tiada membataskan aurat pada suaminya.
Suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat terhadap mereka berdua. Isteri boleh mendedahkan seluruh anggota badannnya bila berhadapan dengan suaminya.

PANDANGAN IMAM-IMAM MAZHAB

MALIKIYY, SYAFIEYY, HANAFIE – SEBAGAIMANA MAHRAM
DENGAN LELAKI

2. HANBALIY – TIADA PERBEZAAN ANTARA WANITA MUSLIMAH DENGAN KAFIRAH

NAMUN SETENGAH DARI AHLI HANAFIE, SYAFIE CTH, IMAM GHAZALI, ABU BAKAR AL-ARABIYY DARI MAZHAB MALIKIY TIDAK MEMBEZAKANNYA HUJJAH TIADA PERBEZAAN

SEBAB WURUD HADIS
DALIL TIDAK QAT’I – MASLAHAH – BERUBAH

HUKUM DENGAN BERUBAHNYA ZAMAN DAN TEMPAT

3. DALIL SURAH AN-NUR
Mu'awiyah bin Haidah mengatakan: "Aku pernah bertanya: Ya Rasulullah, bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?". Baginda menjawab: "Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau terhadap hamba abdi milikmu". Aku bertanya lagi: "Ya Rasulullah, bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat?" Baginda menjawab: "Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak boleh melihat aurat orang lain dan ia pun tidak boleh melihat auratmu". Aku masih bertanya lagi: "Ya Rasullullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?" Baginda menjawab: "Seharuslah ia lebih malu kepada Allah daripada malu kepada orang lain". (Hadis riwayat Iman Ahmad dan Abu Dawud)

PAKAIAN DALAM ISLAM

Dalam membicarakan soal pakaian wanita, Islam tidak menetapkan pakaian tertentu tetapi wanita Islam perlu mengikuti garis panduan syarak seperti berikut: Pakaian itu hendaklah menutup aurat Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.

Selain dari itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan mambayangkan kulit pemakainya.

Pakaian yang dibuat daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya.

(iv) Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya
Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.

Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan: maksudnya: Rasulullah S.A.W. telah melaknat orang-orang lelaki yang berpakaian perempuan dan orang-orang perempuan yang berpakaian Pakaian itu bukan melambangkan kemegahan dan bukan untuk berhias-hias atau ditambah dengan haruman yang semerbak.

Abu Musa Al-Asy'ari telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina."

(vii) Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.

“Awaslah kamu drpd duduk bersendirian dgn wanita!Demi kuasa yg jiwaku ada dlm kuasa-Nya,tiada seorang lelaki bersendirian dgn seorng wanita,melainkan turut campur syaitan antara keduanya.Seandainya seseorang lelaki bersinggulan dgn babi yg terpalit kotoran atau tahi adalah lebih baik baginya drpd bersinggulan bahunya dgn bahu wanita yg tidak halal baginya”

KESIMPULAN

Perlu menjaga batas-batas aurat dalam agama. Perlu menjaga batas-batas pergaulan dalam agama
  • Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran Islam akan mendapat keredhaan Allah S.W.T. dan lelaki akan memandang mereka dengan penuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang amat tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan santun. Begitulah sebaliknya

0 comments: